Translate

Friday, 12 July 2013

LAWAK PENDEK TERKUMPUL


Lawak pendek kisah cikgu Intan


Ada sorang cikgu sekolah rendah. nama dia cikgu intan. die ni mengajar subjek bahasa inggeris. tiap² ari kan mesti cikgu intan ni tensen. sebab bebudak kat kelas yang dier ngajar tu bebal belaka. dah dekat setengah tahun die ngajar murid² die masih tak tau ape². satu ari tu dengan tensenye die berdiri kat depan murid² die dgn muka yang marah.. sambil tu die pun cakaplah.. "sapa rasa diri dia bodoh berdiri sekarang!" tiba-tiba sorang budak bernama ahmad berdiri. "hah, bagus sapa lagi nak mengaku macam ahmad ni?" tanya cikgu intan. "er.. cikgu" ahmad menjawap.. " sebenarnya saya kesian kat cikgu berdiri sorang² kat situ macam orang bodoh!" selamba jer ahmad cakap mcm tu...


PINJAM DUIT

Suki: Apa hal ni Joi? , macam ada masalah aja.
Ajoi: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.
Suki: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?
Ajoi: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,
Suki: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?

Ajoi: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).


Kisah 2 ekor burung

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500,sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza,
yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Moral: Diam lebih baik dari berkata-kata


MAK MANDIR NAIK HELIKOPTER

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang.

Seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Mak Mandir yang turut berada dalam helikopter itu:


"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar tapi letak di luar ..tak ker pelik."


Kedai runcit dekat kampung. Ada seorang budak nak beli gula.

Budak : Auntie! Ada gula tak?
Auntie : Ada, dekat sana tu. (sambil menunjuk tempat).
Budak : Tak ada pun, garam ada lah.
Auntie : Ada lah. Ni dia. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis "Garam").
Budak : Auntie! Saya nak gula bukan garam!
Auntie : Gula lah ni. Auntie saja je tulis "Garam" supaya semut tak datang..


Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : ??????


H.Phone

GF : Nak tengok HP jap boleh ?
BF : Boleh , tapi jangan bukak Picture , Inbox dgn Contact .
GF : Kenapa pulak ?
BF : Nanti kalau awk tengok , awk akan sakit hati .
GF : Kita break la , sy tau awk curang dgn sy . Selamat Tinggal ‪>‎terus‬ berlari
BF : Dlm hati "Kenapa dgn awek aku ni ? Aku tak bagi bukak Picture sbb ad gambar kau tengah tido ad air basi . Inbox ad number tak kenal pggil aku sayang . Contact aku tulis nama kau *Air Liur Basi* >.<"


Bapak & Anak

Bapa : kau ni betul2 anak yg derhaka!
Anak : bila saya derhaka pada bapak?
Bapa : bapak haus nak minum susu,kenapa kau xkasi?
Anak : mcm mna saya nak kasi,bapak minta susu bini saya!
Bapa : salahkah bapak minta?
Anak : memang pun salah!
Bapa : kau jgn b'kira sangat dgn bapak!, dulu waktu kau masih kecil,kau hisap susu bini bapak...ada bapak kesah??
Anak : err..


Nasi Ayam

p.cik - nak beli nasi ayam ke nak?
zam - yea cik..bungkus 1..
p.cik - baek nak..
zam - ayam dengan nasi cik letak skali ka?
p.cik - yea nak..kenapa?
zam - yang saya cik asing kan bole?
p.cik - kenapa nak? nasi ayam cik tahan lama..letak skali tak basi nak oi..
zam - bukan begitu cik..takut nasi tak sempat sampai rumah ayam makan..kempunan saya..asingkan yea cik..
p.cik - ?????????????


Orang kedah sedang berbual2 dengan org kelantan...tiba-tiba seekor ular datang

kelantan: ulor! ulor!
kedah: Ya, Allah! katok > (pukul)!
kelantan: katok!.. dok, buke katok > (katak)'', ulor!
kedah: tau la... katok la lekaih >(cepat)!
kelantan: looo... buke katok! ulor...lah! ulor!
kedah: aku tau la ulaq, ambik la kayu katok!, aku katok pala hang sat gi!!!


Meniru

Cikgu: Ali, kenapa kamu meniru semasa peperiksaan?
Ali: Jangan salahkan saya cikgu...
Cikgu: Dah tu? nak salahkan sapa pula?
Ali: Salah kan soalan tu lah
terus cikgu tengok dekat bawah sekali...dia ada tulis ''SILA LIHAT SEBELAH''
Cikgu: eerkkk??@$# itu untuk muka surat seterusnya''


Jatuh Motor

BF: "I jatuh motor tadi.''
GF: "Dekat mana?"
BF: "Dekat highway."
GF: "Oh, dengan siapa?"
BF: ''Dengan Ex i."
GF: " Kenapa tak mati terus je kan senang?"
BF: ''EX5 la bengong!''
GF: "hehehe... :3 lain kali ckp abis2 le syg...."

No comments:

Post a Comment

Screen Saver 2020 by Elman Lim